Senin, 20 April 2015

pantun tuk ibuku

Pantun Terindah Buat Ibu

Ya Allah..ampunilah bagiku segala dosaku dan juga
dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka
keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku
di masa kecil.....amin..

Kilauan terimakasih buatmu yang ku sayang..
Bertanam kobis kobisnya Cina,
Turun ke bendang menahan bubu;
Salam secebis cebisnya pesona,
Pantun ku dendang pilihan ibu.
Selasih segelas belum berkembar,
Delima Acheh di tepi semak;
Kasih mu jelas seharum mawar,
Terimakasih IBU
 
 Hasil gambar untuk pantun tuk ibu 
 
 
 
 
 
 
Tarian gamelan lagu senandung,
Warisan bangsa penuh keramat;
Sembilan bulan sarat mengandung,
Tetap ceria sedia berkhidmat.
 Anak ikan di dalam balang,
Tidak banyak berenang sendiri;
Sakit melahirkan bukan kepalang,
Melihat anak wajah berseri.
                                                             Anak rubah dipanggang api,
Dimakan oleh orang Iban;
Penat lelah tolak ke tepi,
demi anak rela berkorban
.Hasil gambar untuk pantun tuk ibu
Pergi ke pekan membeli laici,
Singgah berehat bersama teman;
Marahnya bukan marah membenci,
Sebagai nasihat jadikan pedoman.
                                                          Ulam pegaga tumbuh melata,
                                                          Tumbuh banyak di laman depan;
Emas permata tiada dipinta,
Kejayaan anak menjadi harapan.
Buat rumah dari kayu-kayan,
Masak bersama ikan keli;
Harta melimpah bukan impian,
Selaut kasih lebih bererti.
Pedas rasanya cabai Melaka,
Masak bersama ikan keli;
Sekali hatinya terguris luka,
Nikmat syurga jauh sekali.
Air dicedok dari perigi,
Membasuh tangan selepas makan;
Andai dia telah pergi,
Sepotong doa anak sedekahkan.
Serai serumpun sirih sejunjung,
Diletak orang di tengah laman;
Kasih ibu tiada penghujung,
Menjadi sanjungan ke akhir zaman.
 
 
Hasil gambar untuk pantun tuk ibuHasil gambar untuk pantun tuk ibu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar